FOTO ihsan PDRM
FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Sebuah pusat hiburan di Pelangi Avenue, Jalan Meru, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) yang baru beroperasi dua hari diserbu pihak berkuasa, tengah malam tadi.

Operasi dilakukan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor Superitendan Abdul Ghofar Ahmad berkata, lima GRO ditahan dalam Ops Noda itu.

"Mereka berusia dalam lingkungan 22 hingga 30 tahun yang berasal dari Vietnam.

"Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun dipercayai pengurus premis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 1:16 PM