Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Pekan: Seorang anggota tentera dan wanita rentung selepas Proton Pesona dinaiki bertembung dengan bas ekspres, sebelum terbakar di Kilometer 16 Jalan Pekan-Rompin, Nenasi, dekat sini, hari ini.

Mangsa maut, Mohd Sapiuddin Mohd Sezali dari Kampung Panchor Merah, Setiu, Terengganu dan Norfarina Rosli, 26 dari Melor Kelantan.

Jurucakap Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Pekan cuba memotong sebuah kereta tetapi gagal sebelum terperosok ke bawah bahagian depan bas.

"Ia menyebabkan kedua-dua kenderaaan itu terbakar.

"Bagaimanapun, dua pemandu dan 29 penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru selamat" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Oktober 2014 @ 3:22 PM