Alison Parker (kiri) dan Adam Ward.
Alison Parker (kiri) dan Adam Ward.

Roanoke, Virginia: Wartawan stesen televisyen CBS dan jurukameranya mati ditembak seorang lelaki ketika mereka melakukan temuramah siaran langsung di Plaza Bridgewater di Moneta, Virginia, petang ini.

Menurut CBS, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, mati di tempat kejadian.

Sementara itu, kpho.com melaporkan dalam rakaman video oleh Adam, Alison sedang menemuramah seorang wanita mengenai isu pelancongan apabila tembakan kedengaran dan kamera jatuh.

Polis kini sedang mencari lelaki yang melepaskan tembakan itu dan pihak berkuasa tidak dapat memberitahu punca kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 9:34 PM