Tanah runtuh yang menjejaskan landasan lapangan terbang di Charleston pada 2015. Gambar kanan, polis berjalan berhampiran komponen pesawat di tepi landasan. - Foto AP
Tanah runtuh yang menjejaskan landasan lapangan terbang di Charleston pada 2015. Gambar kanan, polis berjalan berhampiran komponen pesawat di tepi landasan. - Foto AP
AP

Charleston, West Virginia: Juruterbang dan pembantunya terbunuh selepas pesawat kargo yang disewa UPS terkeluar dari landasan ketika mendarat dan jatuh ke lereng bukit di sebuah lapangan terbang di sini, hari ini.

Pesawat kecil dua enjin turboprop milik Air Cargo Carriers itu berlepas dari Louisville, Kentucky, pada 5:43 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Yeager di Charleston, West Virginia, itu pada 6:51 pagi.

Jurucakap lapangan terbang itu, Mike Plante, berkata pihaknya belum tahu kenapa pesawat berkenaan terhempas sedangkan juruterbang berkenaan sudah sering menggunakan lapangan terbang itu.

Selepas terkeluar dari landasan, pesawat itu terjatuh ke dalam hutan berhampiran landasan di atas bukit itu dan pasukan penyelamat kini berusaha sampai ke lokasi pesawat itu dari atas dan bawah.

Menurut UPS dalam kenyataannya, syarikat itu sudah mengetahui mengenai nahas berkenaan dan akan memberi maklumat lanjut apabila diperolehi daripada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa lapangan terbang Charleston mencadangkan untuk membelanjakan AS$920 juta bagi menambah panjang landasan di lapangan terbang itu selepas tanah runtuh pada 2015 yang meranapkan sebuah gereja dan sebuah rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 10:27 PM