POLIS mengawal kawasan tembakan rambang di sebuah  pejabat perbandaran di Virginia Beach di sini hari ini. FOTO Reuters.
POLIS mengawal kawasan tembakan rambang di sebuah pejabat perbandaran di Virginia Beach di sini hari ini. FOTO Reuters.
Reuters

VIRGINIA: Seramai 12 orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah pejabat perbandaran di Virginia Beach di sini hari ini, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis Virginia, James Cervera berkata, penembak yang dipercayai seorang kakitangan kanan di pejabat berkenaan turut terbunuh dalam insiden itu.

Seorang anggota polis yang tercedera dalam insiden itu terselamat kerana memakai baju kalis peluru.

“Ini adalah kejadian paling dahsyat dalam sejarah Virginia Beach,” kata Datuk Bandar, Robert M Dyer berkata dalam satu sidang media.

Difahamkan, dalam kejadian pada kira-kira jam 4 petang itu seorang lelaki masuk ke pejabat perbandaran terbabit dan melepaskan tembakan ke arah rakan sekerja, mengakibatkan 11 terbunuh.

Kejadian berlaku di Pusat Perbandaran Virginia Beach, sebuah bangunan yang turut menempatkan pejabat perbandaran dan agensi termasuk Jabatan Polis.

Insiden berlaku di bangunan kedua berhadapan Dewan Bandaraya yang menempatkan pejabat perancangan dan kerja raya.

Seorang jurucakap Sentara Healthcare berkata, lima pesakit dibawa ke Sentara Virginia Beach General Hospital untuk dirawat.

Sehingga kini identiti penembak dan mangsa masih belum didedahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 10:32 AM