Pelbagai unit polis memenuhi kawasan kejadian. - Foto Twitter
Pelbagai unit polis memenuhi kawasan kejadian. - Foto Twitter
Anggota polis meletak tanda pada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian. - Foto Twitter
Anggota polis meletak tanda pada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian. - Foto Twitter
AFP

Washington: Lima terbunuh dan dua suspek sedang diburu polis dalam kejadian tembakan ketika satu majlis barbeque di belakang rumah di Wilkinsburg 10 kilometer dari Pittsburgh, Pennsylvania, hari ini.

Empat mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi wanita mati di hospital. Dua lagi lelaki dan seorang wanita kini dalam keadaan kritikal.

“Siasatan mendapati tembakan dilepaskan daripada dua senjata api dan polis percaya ia di lakukan dua penembak,” kata polis dalam kenyataan.

Polis belum menahan sesiapa dan meminta saksi tampil memberi maklumat.

Tembakan dilepaskan dari jalan menyebabkan hadirin di majlis itu bertempiaran melarikan diri dan menurut laporan CBS, orang ramai mendengar antara 30 hingga 40 tembakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 4:47 PM