ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
Oleh Ainul Fatihah Mansor


Cyberjaya: Seorang lelaki warganegara Bangladesh terbunuh selepas dihempap mesin memproses sabun di sebuah kilang di sini, semalam.

Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan Azmi Sadon berkata, dalam kejadian jam 11.42 pagi itu, mangsa, Mohammad Mohasin, 39, terbunuh ketika bekerja dikilang di Taman Mas Industri Mas 2, di sini.

Beliau berkata, jentera bomba sampai di tempat kejadian pada jam 12.03 tengah hari selepas menerima laporan pada jam 11.42 pagi.

“Difahamkan kilang membuat sabun itu akan berpindah ke lokasi baru menyebabkan pekerja termasuk mangsa sibuk mengalih dan mengangkat peralatan kilang sebelum kejadian.

“Sebuah mesin terjatuh lalu menghempap mangsa dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:40 AM