BURKE menghabiskan 16 bulan mengembara 96,000 km menaiki van ini.
BURKE menghabiskan 16 bulan mengembara 96,000 km menaiki van ini.
VAN yang diubah suai.
VAN yang diubah suai.
THE Lost Coast Trail, California.
THE Lost Coast Trail, California.
PENGALAMAN di Hawaii.
PENGALAMAN di Hawaii.
PEMANDANGAN The Wave, Arizona.
PEMANDANGAN The Wave, Arizona.
MUSIM sejuk di Washington.
MUSIM sejuk di Washington.
AIR Terjun Havisu di Arizona pada waktu malam.
AIR Terjun Havisu di Arizona pada waktu malam.
KECANTIKAN Twin Falls, Idaho,
KECANTIKAN Twin Falls, Idaho,

Travis Burke tidak menyangka van buruk dibeli neneknya pada 1994 mampu membawanya mengembara selama 16 bulan merentasi lebih 96,000 kilometer (km) untuk melihat sendiri keindahan benua Amerika Utara pada usia 28 tahun.

Jurugambar itu tidak segan atau kedekut berkongsi gambar tempat menarik dilawatnya malah berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk keluar dari zon keselesaan dan mengembara jauh dari halaman rumah sendiri.

“Saya mengambil tiga bulan untuk mengubah suai van nenek yang menelan belanja sekitar AS$7,800 (RM30,000). “Kini saya memenuhi impian mengembara dan bekerja sepenuh masa apabila sering mendapat inspirasi daripada pemandangan menarik dilihat setiap hari.

“Lebih hebat lagi, saya bekerja tanpa terikat dengan had waktu. Bila-bila terasa mahu mengambil atau menyunting gambar pun boleh!” katanya.

Dia mempunyai ramai peminat di Instagram dan laman webnya dengan hampir 200,000 orang mengikuti perjalanannya.

“Sebenarnya percutian yang menarik tidak memerlukan perancangan rapi atau belanja tinggi. Setakat ini saya mengembara lebih 96,000km di Amerika Syarikat dan Kanada. Harap-harap dapat melaksanakan lebih banyak projek besar di luar negara tahun ini,” katanya.

Van berkenaan dilengkapi panel solar, sinki, katil yang boleh dilipat dan peti sejuk mini.

“Nenek pun terkejut melihat apa yang saya lakukan dengan van ini, tetapi dia menyokong penuh apa yang saya buat sekarang.

“Sejujurnya saya rindu keluarga dan rakan. Bukannya tiada cabaran masalah duit, kurang air untuk mandi dan membasuh pakaian semuanya mampu menjatuhkan semangat tambahan ketika sunyi. Namun pengalaman diperoleh tiada bandingan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 9:35 AM