Polis membawa anggota badan mangsa untuk dihantar ke hospital.
Polis membawa anggota badan mangsa untuk dihantar ke hospital.
Polis mengawal flet kediaman keluarga Belov di Nizhny Novgorod, kira-kira 500 kilometer di timur Moscow.
Polis mengawal flet kediaman keluarga Belov di Nizhny Novgorod, kira-kira 500 kilometer di timur Moscow.
Belov (tengah) bersama enam anaknya berusia antara setahun hingga tujuh tahun.
Belov (tengah) bersama enam anaknya berusia antara setahun hingga tujuh tahun.

Moscow: Polis Russia menahan seorang lelaki yang bukan saja disyaki membunuh malah memotong tubuh enam anaknya yang semuanya berusia bawah tujuh tahun di bandar Nizhny Novgorod, kira-kira 500 kilometer di timur Moscow, semalam.

Menurut Daily Mail, anggota polis yang memecah masuk flet kediaman keluarga itu melalui tingkat menemui mangsa berusia antara satu hingga tujuh tahun serta mayat ibu mereka, Zinaida, yang hamil.

Semua mayat kanak-kanak itu, dikenali sebagai Alyona, 7, Fyodor, 6, Sonya, 5, Nikifor, 3, Ilya, 2, dan Daria, setahun, dipotong dengan kapak dengan anggota badan mereka ditemui dalam beg plastik. Ibu mereka ialah pensyarah matematik di universiti tempatan.

Kejadian disedari selepas tadika serta ibu Zinaida, Valentina Zaitseva, 69, menghubungi polis kerana kanak-kanak terbabit tidak menghadiri kelas sejak 25 Julai.

Bapa mereka, Oleg Belov, 51, disyaki membunuh mereka.

Pegawai agensi kebajikan kanak-kanak Russia, Pavel Astakhov, berkata Zinaida bercadang menarik balik hak jagaan anak-anaknya daripada Belov.

Associated Press melaporkan Belov cedera akibat tembakan polis ketika menentang penangkapannya dan kini dirawat di hospital.

Polis menahan suspek di Vladimir, ketika dia bersembunyi di rumah ibu mentuanya (Valentina) dan polis mengesyaki dia juga merancang membunuh wanita itu.

Di lokasi berasingan, polis menemui mayat seorang wanita dipercayai ibu lelaki itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 7:38 PM