TIONA
TIONA
Agensi

New York: Seorang ibu berusia belasan tahun yang ditangkap bersama mayat bayi yang baru lahir ketika mencuri di sebuah kedai di Victoria’s Street di sini menghadapi tuduhan membunuh.

Tiona Rodriguez, 18, ditahan selepas disyaki mencuri jean.

Pengawal keselamatan menemui mayat itu ketika menyelongkar begnya.

Dia semalam didakwa membunuh bayi berkenaan dalam kejadian pada 2013, lapor New York Daily News.

Pendakwa raya Rachel Ferrari berkata, Tiona membunuh bayinya kerana bimbang dimarahi keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:16 AM