SUSPEK (dua kanan) ditahan polis selepas cuba mencuri wang milik peniaga ikan. FOTO ihsan Polis
SUSPEK (dua kanan) ditahan polis selepas cuba mencuri wang milik peniaga ikan. FOTO ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


Bukit Mertajam: Lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai cuba mencuri wang milik peniaga ikan di Pasar Minggu Ban Busuk, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang juga pengutip derma berusia 34 tahun cedera di kening selepas dibelasah orang ramai yang geram dengan perbuatannya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ketika itu dilihat mengambil beg sandang milik peniaga ikan yang diletakkan dalam lori.

"Peniaga ikan terbabit menghampiri suspek yang ketika itu cuba membuka zip dan mengambil wang dalam begnya.

"Suspek yang terkejut kemudian melarikan diri namun ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui kotak derma untuk madrasah yang mengandugi wang tunai kira-kira RM600 dipercayai milik suspek.

"Siasatan awal mendapati suspek masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dandidapati mengutip derma untuk pembinaan madrasah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:13 PM