Bandaraya Mexico: Pertahanan Mexico, Yasser Corona menarik diri daripada Piala Emas CONCACAF selepas koyak ligamen lututnya, menurut Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) semalam.

Corona mengalami kecederaan ketika kemenangan Mexico pada suku akhir ke atas Costa Rica di East Rutherford, New Jersey, kelmarin. Mexico menang 1-0 selepas masa tambahan.

“Yasser Corona menarik diri daripada pasukan kebangsaan selepas mengalami kecederaan teruk di lutut kiri dan akan kembali ke Mexico bagi menjalani rwatan bersama doktor di kelabnya Queretaro,” menurut FMF.

Corona pemain ketiga menarik diri daripada skuad Mexico selepas penyerang Javier Hernandez dan pertahanan Hector Moreno, kedua-duanya menarik diri sebelum kejohanan di Amerika Syarikat itu.

Mexico berdepan Panama pada separuh akhir pagi esok di Georgio Dome di Atlanta. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 5:06 AM