Jika anda menggemari hidangan makanan laut, Cinnamon Coffe House Hotel One World Petaling Jaya menyediakan sajian ini termasuk udang kara, sup dan tomyam.

Antara pembuka selera termasuk hidangan koktel makanan laut dan salad. Ada juga hidangan pasta bersama ikan panggang, lasagna makanan laut, salmon atau udang harimau yang boleh dinikmati bersama nasi, kupang serta salad cendawan yang ternyata enak.

Melengkapkan hida-ngan, cubalah masakan udang sungai bersama avokado, sotong goreng telur masin bersama mentega, ikan masak ala percik, ketam masam manis atau sotong bersama bijan.

Pengunjung juga boleh mencuba beraneka jenis hidangan tiram, udang kara serta teppayanki makanan laut yang pasti menepati selera.

Promosi hidangan menarik ini disediakan untuk makan malam bermula jam 6.30 petang sepanjang November ini.

Bagi penggemar masakan Cina, anda boleh berkunjung ke restoran Zuan Yuan di hotel yang sama untuk menikmati hidangan claypot istimewa.

Antara juadahnya ialah timun laut bersama cendawan bunga dan sotong kering, udang sos keju, daging rusa bersama herba Cina serta ayam kampung bersama sos.

Sementara menunggu hidangan berkenaan, pe­ngunjung boleh menikmati beraneka jenis dim sum dan pencuci mulut termasuk tart telur, avokado bersama krim aloe vera serta pir bersama osmanthus dan madu.

Untuk tempahan, hubungi 03-7681157 atau 03-76811159.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:00 AM