PENGURUS Besar Hotel The Light, Seberang Jaya, Raj Kumar (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan dan barisan cef.
PENGURUS Besar Hotel The Light, Seberang Jaya, Raj Kumar (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan dan barisan cef.
Muhammad Shalaby Shahbuddin


Sempena Tahun Baru Cina, Hotel The Light di Seberang Jaya, Pulau Pinang menyediakan 15 jenis masakan istimewa dalam ‘Reunion Buffet Dinner’ untuk pengunjung menikmatinya bersama keluarga dan rakan.

Cef Sous H’ng Weng Kiang berkata, acara makan besar adalah satu tradisi kemestian setiap kali Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, untuk tahun anjing ini, pihaknya menyediakan yee sang dengan ikan salmon. Selain itu, lo hei pun choy boleh dipesan secara berasingan pada harga berpatutan.

“Antara menu istimewa disediakan untuk ‘makan besar’ di Spice Brasserie adalah udang goreng madu dan sos oren, kambing bawang putih bersama sos tiram, daging panggang lada hitam dan ikan kukus bersama sos nyonya.

“Selain itu, mi goreng teochew, sayuran cendawan, tiram kering, rumpai laut dibaluti kulit tauhu kering, tiram bersama keju dan banyak lagi turut disediakan untuk memenuhi selera pengunjung,” katanya.

H’ng berkata, makanan laut segar termasuk udang, kekapis serta ketam bunga dihidangkan bersama sos koktel di samping salad segar dan tiga jenis dim sum dengan sos pilihan pasti menggamit cita rasa pengunjung, malah kuetiau goreng juga dihidangkan panas.

Beliau berkata, bagi penggemar makanan panggang, pihaknya menyediakan ayam panggang lima rempah, udang bercili, kambing panggang ala Cina selain nasi ayam dan nasi itik yang menjadi antara variasi disediakan di dapur ala gerai.

“Selain makanan Cina, pengunjung boleh menikmati masakan Melayu seperti sotong balado dan masakan India iaitu beriani serta kambing berempah.

“Kaunter sup pula menyediakan sup makanan laut ‘Five-Treasure’, sup herba ayam hitam dan tidak dilupakan untuk mereka yang makan sayur, beberapa hidangan vegetarian turut disajikan,” katanya.

H’ng berkata, selain itu, variasi hidangan pemanis mulut termasuklah lempeng Shanghai, kek mentega tradisional Cina, bebola pulut, kek coklat, kek mousse oren, biskut, jeli, puding dan ais parut longan.

“Sempena Tahun Baru Cina ini, pakej penginapan istimewa bermula daripada harga RM255+ sebilik untuk satu malam dengan bufet sarapan pagi untuk dua orang turut ditawarkan. Bagi yang ingin beristirahat, rawatan spa ditawarkan di Ratu Spa untuk mengembalikan mood pengunjung agar boleh meraikan Tahun Baru Cina dengan lebih gembira.

“Dekorasi tanglung gergasi melengkapi ruang legar hotel ini dan pengunjung boleh bergambar untuk kenangan bersama keluarga dan sahabat handai,” katanya.

Beliau berkata, hidangan Tahun Baru Cina mempunyai lima jenis set iaitu Set Prosperity 8-Course Dinner bermula 1 hingga 28 Februari yang mempunyai dua harga iaitu RM888 dan RM1,088 untuk satu meja, Fatt Choy Reunion Buffet Dinner pada 15 Februari berharga RM88 untuk dewasa dan Valentine’s Set Dinner pada 14 Februari berharga RM268 untuk dua orang.

Bagi Fatt Choy Buffet Lunch pada 16 dan 17 Februari berharga RM68 dan Fatt Choy Buffet Dinner pada hari sama berharga RM78 masing-masing untuk dewasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 12:04 PM