WAJAH lelaki yang dilakar wanita berkenaan.
WAJAH lelaki yang dilakar wanita berkenaan.

New York: Seorang wanita yang bakal melahirkan anak melakukan perkara luar biasa dalam usaha mencari bapa anak yang dikandungnya - memuat naik lakaran wajah lelaki itu di Internet.

Wanita hamil itu mendakwa lakaran yang menunjukkan mata kuyu dan hidung besar sudah cukup untuk membolehkan lelaki itu dicam.

Wanita etnik Mexico berkenaan yang menetap di kawasan East Village, New York, memuat naik iklan menerusi laman web Craiglist dengan judul: “Kami Bermesra. Anak akan dilahirkan.”

Dia seterusnya berkata: “Jika anda mahu memainkan peranan dalam kehidupan anak ini, ia akan dilahirkan tidak lama lagi. Saya berharap anda bersedia. Saya wanita keturunan Mexico. Tinggi 165 sentimeter, berat 45 kilogram ketika kita bermesra

“Anda memberitahu saya anda usahawan. Saya cuba lukis wajah anda. Saya bukan artis polis, tetapi lakaran ini sudah cukup untuk anda dicam. Anda dari Asia Barat. Tinggi.

“Kita lakukan seks tiga kali dan kemudian anda menghilangkan diri. Jika sesiapa mengenali lelaki ini, tolong maklumkan kepadanya bahawa anaknya akan dilahirkan.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:51 AM