CENDERAHATI dengan setiap pembelian produk P&G.
CENDERAHATI dengan setiap pembelian produk P&G.

Menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu apabila pertemuan pada musim perayaan dilengkapkan dengan huluran tangan berserta ucapan maaf. Namun sebenarnya menghargai yang tersayang bukan sekadar kemaafan malah lebih daripada itu.

Didorong untuk sentiasa meningkatkan kualiti hidup keluarga, P&G melancarkan kempen raya bertemakan Terima Kasih & Salam Aidilfitri dan mencipta #katatakterkata bagi membolehkan rakyat Malaysia meluahkan ucapan terima kasih untuk yang tersayang.

#katatakterkata menyediakan platform bagi membolehkan orang ramai menulis mesej di Twitter dan meluahkan apa saja yang mereka inginkan bersama ucapan terima kasih. Mesej ini kemudiannya bertukar menjadi seni kaligrafi indah yang dihasilkan artis seni khat.

Mesej yang dipilih kemudiannya didokumentasikan pada video dan dihantar kembali kepada mereka dalam tempoh beberapa jam.

Kempen ini bermula apabila selebriti Lisa Surihani, Harith Iskandar dan Sharifah Shahirah menghantar tweed #katatakterkata mereka kepada yang tersayang. Mereka juga berpeluang membaca mesej yang terpilih menerusi tweet yang dihantar orang ramai.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang banyak memberikan sokongan, P&G memberikan cenderahati percuma iaitu bekas kuih raya dengan setiap pembelian barangan keluaran P&G termasuk Ambi Pur, Pantene, Dynamo, Downy dan Joy yang dibeli di Giant dan Mydin. Pelanggan berpeluang menulis #katatakterkata mereka pada bungkusan hadiah untuk diberikan buat yang tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:01 AM