GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Aida Adilah Mat


ADAKAH helaian rambut anda menjadi kasar, suram dan tidak bermaya? Ini adalah waktu yang tepat untuk anda menjalani rawatan dan menggunakan produk yang betul.

Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Menerusi kajian yang dijalankan dengan kerjasama pakar pemakanan dari Jepun, selain menggunakan teknologi NutriBlend, P&G dengan kerjasama Watsons Malaysia tampil mengeluarkan produk baharu, Hair Recipe.

Menggunakan kaedah bersesuaian apabila ekstrak semula jadi digabungkan dengan ramuan formula khas yang sempurna, P&G menghasilkan resipi istimewa untuk rambut sentiasa kelihatan sihat dan bersinar.

Syampu terbaru ini yang dihasilkan daripada bahan organik menjalani ujian klinikal dan dikeluarkan tanpa paraben, gluten dan minyak mineral.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, transformasi dalam gaya hidup kini bergerak begitu pantas mengubah sudut pandang ke arah penggunaan produk semula jadi.

“Pasaran penjagaan rambut organik dijangka terus berkembang dalam tempoh beberapa tahun akan datang disebabkan peningkatan minat pengguna dalam menggunakan produk semula jadi,” katanya yang yakin ia penggunaan syampu ini mampu memberi kesan terbaik.

Set syampu dan perapi yang didatangkan dalam tiga varian ini (gandingan madu-aprikot, kiwi-buah tin dan epal-halia) boleh didapati di semua cawangan Watsons pada harga RM34.80 untuk 180 gram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 6:01 AM