CHIN di hadapan kedai MR DIY di Mid Valley Megamall.
CHIN di hadapan kedai MR DIY di Mid Valley Megamall.
Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: MR DIY Trading Sdn Bhd (MR DIY) menganjurkan promosi Poket Selamat bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos ini di mana ia menawarkan hadiah bernilai lebih RM128,888 untuk dimenangi termasuk sebuah kereta Honda City dan 10 hadiah saguhati iPhone X.

Ketua Pemasarannya, Andy Chin berkata, promosi kali keempat yang dianjurkan sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan ini itu mencerminkan komitmen syarikat setiap tahun dalam membawa pengalaman beli-belah lebih menarik di gedung MR DIY.

Menurutnya, peraduan itu bertujuan mempromosikan pelbagai barangan bertemakan ‘Poket Selamat’ kepada semua lapisan masyarakat dan menghargai pelanggan MR DIY, di samping mencapai matlamat bagi menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Asia Pasifik.

“Pelanggan layak untuk menyertai peraduan ‘Buy, Snap & Win’ melalui pembelian jenama produk P&G seperti Dynamo, Pantene dan Downy di semua cawangan MR DIY untuk memenangi hadiah terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Untuk kali ini, MR DIY bekerjasama dengan syarikat P&G bagi menawarkan produk eksklusif dengan diskaun sehingga 20 peratus di semua cawangan MR DIY seluruh negara dan platform atas talian mrdiy.com.my.

Promosi Poket Selamat keempat menyaksikan MR DIY tampil dengan pilihan produk baru seperti Dynamo, Gillete, Ambi Pur, Oral-B, Joy, Pantene dan Downy pada harga yang sangat rendah.

Beliau berkata, promosi itu akan membabitkan semua 420 cawangan MR DIY di seluruh negara dan platform e-dagang dengan pelbagai variasi promosi pada tahun sebelumnya.

“Sebelum ni, kami menjalankan promosi Poket Selamat pada 2016 dengan penurunan harga lebih 100 barangan serta terkini kami menawarkan diskaun sehingga 20 peratus,” katanya.

Pelanggan hanya perlu membeli barangan daripada jenama P&G di cawangan kedai MR DIY seluruh negara atau secara atas talian, mengambil gambar resit dengan memuat naik gambar resit terbabit di ruangan komen utama facebook MR.DIY “Buy, Snap & Win” bersama komen tidak melebihi 20 perkataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 1:28 PM