MANIFESTASI perubahan gaya hidup masyarakat hari ini.
MANIFESTASI perubahan gaya hidup masyarakat hari ini.
GABUNGAN produk kraf yang menarik digayakan untuk ruang sesuai.
GABUNGAN produk kraf yang menarik digayakan untuk ruang sesuai.

Konsep produk ‘waste to wealth’ adalah manifestasi daripada perubahan gaya hidup masyarakat hari ini yang mementingkan keseimbangan alam sekitar dan kitar semula.

Umpamanya penggunaan upih pinang sebagai gayung dan tempurung kelapa sebagai senduk.

Bahan terbuang ini bukan saja untuk kegunaan harian malah menyerlah nilai estetika dan lebih menarik daripada bentuk asal.

Kraf kontemporari adalah satu cara penghasilan atau pengolahan produk kraf hari ini oleh pereka yang sentiasa bereksperimentasi dengan sesuatu bahan baru atau lama.

Ini adalah kerana kehendak manusia yang sentiasa berubah mengikut situasi atau masa kini.

Perabot

Reka bentuk perabot terbahagi kepada beberapa ruang termasuk ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan.

Perabot dalam rumah terdiri daripada meja sisi, set meja makan, kerusi, pemidang dan kabinet sisi. Sementara perabot luar rumah termasuk kerusi taman, meja taman, bangku dan lampu taman.

Produk hiasan dalaman

Terdapat beberapa produk yang dikategorikan hiasan dalaman seperti pasu, hiasan dinding, cermin dinding, lampu dan meja.

Produk artistik

Produk artistik dihasilkan pengusaha yang berkemahiran di bidang tertentu dalam kuantiti kecil serta berkualiti. Terdapat produk kraf ini dihasilkan daripada kayu hanyut yang dijadikan mangkuk larik, perabot dan arca.

Produk kraf artistik ini juga mempunyai nilai estetika yang berbeza dan diaplikasikan dalam pelbagai kategori produk seperti perabot, arca dan barang hiasan.

Maklumat lanjut di www.kraftangan.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:02 AM