TANGAN kanan putus akibat dibaham harimau.
TANGAN kanan putus akibat dibaham harimau.
Agensi

Beijing: Seorang kanak-kanak putus tangannya selepas dibaham seekor harimau di Zoo Bifeng Gorge.

Kejadian berlaku selepas kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu menghulurkan tangannya ke dalam kandang haiwan berkenaan.

Menurut laporan, tangannya putus tidak sampai 30 saat selepas dibaham.

Pekerja zoo yang tiba di kandang itu mendapati tangan kanak-kanak berkenaan berada dalam mulut harimau terbabit.

Menurut saksi, kanak-kanak itu bergambar di luar kandang harimau itu tidak lama sebelum kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 7:17 AM