PELAJAR menyertai ujian Kenaikan Talipinggang Taekwando MGTF bergambar kenangan.
PELAJAR menyertai ujian Kenaikan Talipinggang Taekwando MGTF bergambar kenangan.
Oleh Azahar Hashim

Kulim: Seramai 76 pelajar dari lima pusat latihan taekwando sekolah rendah lulus ujian kenaikan tali pinggang Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia (MGTF) di dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, baru-baru ini.

Pelajar terbabit adalah pelatih yang mengikuti latihan dari SK Sungai ular,SK Keladi,Sk Tunku Abdul Malik dan SK Taman Kenari.

Semua pelatih di beri ujian oleh pemeriksa MGTF Mansur Manda yang juga ahli Persekutuan Persatuan Taekwon-Do Islam (ISTAF) serta memilik talipinggang hitam 5 Dan. Dia dibantu jurulatih Umar Lai Abdullah yang memiliki tali pinggang hitam 3 Dan.

Pada ujian kali ini dua pelajar lulus ujian tali pinggang merah, enam tali pinggang biru, lapan tali pinggang hijau dan 60 orang tali pinggang kuning.

Menurut Mansur, kriteria penilaian permarkahan melibatkan asas pergerakan, seni dan langkah dalam seni bela diri.

Berdasar penilaiannya, ramai di kalangan pelajar mempunyai bakat serta kemahiran tinggi jika dibentuk dari usia muda lagi.

“Taekwondo adalah seni bela diri yang dapat membantu pembentukan modal insan serta aktiviti sukan yang baik. Ia juga boleh dikembangkan secara lebih meluas serta diteruskan pada masa depan dalam usaha memantapkan pembangunan sukan negara.

“Ia juga dapat mencungkil bakat baru di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk dilatih, digilap bakat serta diserap ke kejohanan lebih tinggi.

“Antaranya Kejohanan Kebangsaan MGTF, Kejohanan Waja Diri (Kementerian Belia dan Sukan) serta Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 7:54 AM