BANGKOK 17 AUGUST 2015. Swiss national Xavier Andre Justo leaves the courthouse in Bangkok, Monday, 17 August 2015. Justo was alleged to have blackmailed his former employers for 2.5 million Swiss francs (RM9.95 million) that was rejected by PetroSaudi in 2013. NSTP/Aizuddin Saad

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pasukan siasatan ke Thailand bagi menyoal siasat Andre Xavier Justo pada minggu depan selepas memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa di sana.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan siasatan itu akan turut mendapatkan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam siasatan selain menemubual bekas eksekutif PetroSaudi Internationl Ltd di Bangkok, Thailand.

"Kita perlu menyesuaikan waktu sebelum pergi menemubual Justo kerana saya difahamkan dia turut menghadapi kes pengurusan di sana (Thailand)," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penutupan program ijazah sarjana sains sosial (pengajian kepolisan) dan program diploma sains siasatan sesi 2013/2014, di sini, hari ini.

Khalid memberitahu, perbincangan masih dilakukan dengan pihak berkuasa Thailand bagi mencari masa yang sesuai untuk menyoal siasat Xavier Justo biarpun kebenaran sudah diperoleh.

Xavier Justo sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah Thailand selepas didapati bersalah mengugut bekas majikannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 12:38 PM