PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tiga kanan) membeli kuih ketika lawatan ke Bazar Ramadan Astaka Sitiawan. FOTO Muhaizan Yahya.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tiga kanan) membeli kuih ketika lawatan ke Bazar Ramadan Astaka Sitiawan. FOTO Muhaizan Yahya.
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Sitiawan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan kerja di negeri ini dengan membuat tinjauan mesra di Bazar Ramadan Astaka, di sini, sebentar tadi.

Ketibaannya kira-kira jam 4.30 petang itu disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebaik tiba, Najib sempat mengagihkan bubur lambuk sumbangan UMNO Bahagian Lumut, kepada pengunjung bazar dan kemudian membuat tinjauan dan beramah mesra dengan rakyat.

Beliau turut sempat membeli juadah untuk berbuka puasa antaranya adalah ayam percik, 'roti john', air tebu dan sedikit kuih-muih termasuk kuih buah melaka.

Dalam lawatan kerja kali ini, Najib juga dijadualkan menyertai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib bersama rakyat di Masjid Afiah, Batu 3 Segari, dekat sini, sebelum meneruskan program solat Isyak serta Terawih bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Masjid TLDM, Teluk Muroh, Lumut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 6:11 PM