KUALA NERUS 29 JUNE 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman membeli kuih muih tradisi Terengganu semasa membuat tinjauan mesra di bazar ramadan Batu Enam sebelum ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Assalam, Batu Rakit. NSTP/ASWADI ALIAS.

Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Bazar Ramadan Batu 6, di sini sempena lawatan kerjanya di Terengganu.

Beliau tiba di perkarangan bazar pada 5.15 petang sebelum melawat gerai yang ada selain sempat beramah mesra dengan penjual dan pembeli.

Najib turut dilihat membeli rojak kateh, bingka ubi, keropok lekor, kuih menganang dan gulai kawah.

Najib berkata, konsep yang ditampilkan di Bazar Ramadan Batu 6 sangat meriah dan mendapat sambutan.

"Saya amat faham dengan budaya sebegini dan berharap orang Terengganu yang pulang beraya ke kampung dapat memandu dengan cermat.

"Semoga sinaran Syawal nanti akan memberi keriangan kepada kita dan keluarga," katanya.

Turut sama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Exco kerajaan negeri.

Dalam lawatan kerja di Terengganu, Najib dijadualkan menyertai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid As-Salam, Batu Rakit di sini bersama rakyat.

Najib kemudian meneruskan program solat Isyak serta Terawih bersama masyarakat di Masjid Al Mustaqim, Kampung Gemuroh, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 8:28 PM