SULTAN Ibrahim  Iskandar bersama Tunku Idris Sultan Ibrahim melihat pelbagai jenis juadah di Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Ibrahim Iskandar bersama Tunku Idris Sultan Ibrahim melihat pelbagai jenis juadah di Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein

 

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Baginda tiba di bazar yang terletak di Jalan Padi Mahsuri 12 di sini, 5.50 petang ditemani Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebelum meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa yang dijual.

Ketika didekati Harian Metro dan ditanya mengenai juadah berbuka puasa kegemarannya, Sultan Ibrahim berkata, semua yang dijual nampak sedap.

"Semuanya nampak sedap, tak tahu lagi nak 'try' (cuba) yang mana nanti.

"Memang saya suka bazar Ramadan, saya beli semua, nanti saya hantarlah pada 'guard room', istana-istana, pekerja (petugas istana)," titahnya yang dilihat turut membeli sup gearbox, kebab, ayam percik, kuih-muih, murtabak, sate dan air tembikai.

Sultan Ibrahim turut tidak menghampakan rakyat Johor apabila meluangkan masa bergambar dan beramah mesra sebelum berangkat pulang 6.20 petang tadi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 7:17 PM