JIN Wei diharap mara ke separuh akhir di Bangkok.
JIN Wei diharap mara ke separuh akhir di Bangkok.

Kuala Lumpur: Harapan tinggi disandarkan kepada pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei apabila beraksi di Kejohanan Badminton Remaja Asia dari 28 Jun hingga 5 Julai di Bangkok, Thailand.

Pengurus Projek Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Kwan Yoke Meng berkata, beliau berharap pemenang pingat gangsa di Sukan SEA Singapura itu dapat melangkah ke separuh akhir.

“Saya perlu akui kami tidak meletakkan sasaran tinggi pada saingan kali ini kerana pemain dari China dan Indonesia contohnya, sudah beraksi di saingan besar seperti Grand Prix (GP) Emas.

“Kami meletakkan sandaran kepada Jin Wei dan Cheam June Wei (gambar) (perseorangan lelaki).

“Untuk Jin Wei, sasaran baginya adalah hingga separuh akhir tetapi bagi June Wei, suku akhir.

“Kami perlu terima hakikat kemampuan barisan pemain kerana undian juga cukup sukar,” katanya.

Jin Wei menyertai acara berpasukan serta perseorangan.

Jelas Yoke Meng, selain Indonesia serta China, Thailand juga mempunyai barisan pemain remaja yang mampu memberi saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:53 AM