AKSI pemain B-13, Firdaus Ramli (kanan) ketika menang menentang CF Os Belenenses.
AKSI pemain B-13, Firdaus Ramli (kanan) ketika menang menentang CF Os Belenenses.
Oleh Mohd Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Aksi memukau dipersembahkan skuad bawah 13 tahun negara (B-13) pada saingan Ibercup Costa del Sol di Sepanyol jelas menunjukkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) berada pada landasan tepat dengan sasaran jangka panjang untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2019.

Selepas membenam Atletico Madrid 1-0 dan menundukkan SL Olivais B-13 dari Portugal 2-0 di Kompleks Sukan San Pedro, Marbella, anak buah Lim Teong Kim meraih kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan CF Os Belenenses 1-0 sekali gus muncul juara kumpulan D untuk menempah laluan ke suku akhir.

Menurut penolong ketua jurulatih B-13, Raja Azlan Shah Raja Shoib, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai keupayaan pasukan mara lebih jauh dalam kejohanan terulung bawah umur Eropah itu memandangkan fokus dan tumpuan lebih terarah sebagai proses pembangunan dan pengalaman kepada pemain.

“Kemenangan ini menunjukkan penanda aras baik kepada pasukan. Pemain kini berada di landasan yang betul dan boleh pergi ke tahap lebih baik lagi. Perlawanan menentang Atletico menunjukkan persiapan pasukan kita lebih baik berbanding pihak lawan.

“Pendekatan dalam menyertai kejohanan ini adalah untuk tujuan pendedahan. Sekiranya pasukan mampu ke tahap lebih tinggi, itu satu bonus untuk pemain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 7:28 AM