Gambar fail pada tahun lalu, menunjukkan anggota IS membariskan mangsa sebelum membunuh mereka. - Foto Global News
Gambar fail pada tahun lalu, menunjukkan anggota IS membariskan mangsa sebelum membunuh mereka. - Foto Global News

Baghdad: Satu kumpulan Negara Islam (IS) menyiarkan rakaman mereka membuhuh 16 lelaki termasuk dengan melemaskan mangsa yang berada dalam sangkar, meletupkan dengan bom dan menembak bom tangan ke dalam sebuah kereta.

Rakaman itu yang dipercayai dirakam di wilayah Nineveh, Iraq, antara yang paling mengerikan. Sebelum ini IS sudah menyiarkan puluhan rakaman ia membunuh ratusan penentang di wilayah dikuasainya dengan menembak, memenggal kepala, direjam dengan batu, dicampak dari atas bangunan serta pernah membakar juruterbang hidup-hidup Jordan yang ditawan.

Mangsa yang dibunuh dalam rakaman video terbaru ini didakwa IS sebagai pengintip.

Anggota IS dilihat mengarahkan empat lelaki masuk ke dalam kereta dan menutp pintu sebelum menembak bom tangan ke dalam kereta berkenaan, membunuh semua mereka.

Seorang militan juga dilihat memasukkan lima lelaki ke dalam sangkar besi yang kemudian diangkat dengan kren dan ditenggelamkan dalam kolam renang. Dua kamera dipasang pada sangkar menunjukkan mereka mati lemas dalam air keruh itu.

Dalam pembunuhan terakhir, anggota IS melingkarkan kabel peletup berwarna biru pada leher tujuh lelaki yang sedang berlutut dan mereka diletupkan menyebabkan anggota badan terputus.

Rakaman video pembunuhan seperti itu menjadi bahan propaganda utama kumpulan pengganas berkenaan bagi menimbulkan kegerunan musuh. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 10:45 PM