BEBERAPA kenderaan dibakar selepas pihak berkuasa menahan anak lelaki Raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman. FOTO AFP
BEBERAPA kenderaan dibakar selepas pihak berkuasa menahan anak lelaki Raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman. FOTO AFP
Reuters

MEXICO CITY: Kejadian tembak menembak tercetus di beberapa penempatan penduduk di Cualiacan selepas pihak berkuasa menahan anak lelaki Raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, semalam.

Stesen televisyen Televisa dan Milenio memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan penangkapan Ovidio Guzman kerana dipercayai meneruskan kartel dadah bersama adik-beradiknya selepas bapa mereka dipenjara di Amerika Syarikat.

Milenio turut menyiarkan gambar Ovidio dalam tahanan.

Polis mengesahkan kepada Reuters, beberapa banduan melarikan diri dari sebuah penjara dalam kekecohan selama beberapa jam.

Rakaman video memaparkan sekurang-kurangnya 20 orang berlari di jalan raya.

Namun, kurang jelas jumlah sebenar banduan yang melolos keluar dari penjara itu.

Beberapa kenderaan dan sebuah stesen minyak dibakar ketika anggota kartel yang membawa senjata api menaiki trak meronda sekitar bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 11:46 AM