LONDON: Sepp Blatter dikatakan sedang menimbang untuk menarik balik peletakan jawatannya sebagai Presiden FIFA.

Klaus Stoehlker yang menasihatkan Blatter ketika kempen pemilihan lalu, berkata kepada Sky News hari ini, Blatter boleh kekal sebagai presiden pertubuhan bola sepak dunia itu jika tiada ‘calon berwibawa’ bagi menggantikannya.

Blatter meletak jawatan sebagai Presiden FIFA hampir dua minggu lalu, berikutan siasatan skandal rasuah pertubuhan itu oleh pihak berkuasa Switzerland.

Stoehlker yang Sky News menegaskan bukan jurucakap rasmi, gagal dihubungi Reuters untuk mengulas.

Semalam, akhbar Switzerland, Schweiz am Sonntag melaporkan Blatter, 79, mungkin mahu kekal memegang jawatan itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:13 PM