Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Timbalannya Datuk M Saravanan  (kanan)  bergambar bersama  pasukan terjun  Wendy Ng  (4 kiri) dan Nur Dhabitah Sabri (4, kanan) yang memenangi  pingat emas  acara terjun berpasangan 3 meter papan anjal seirama hari ini.

Aziman Rosdi & Ferzalfie Fauzi

SEHINGGA jam 8 malam tadi, Malaysia memungut lima lagi emas pada hari ketiga Sukan SEA Singapura dengan pingat emas pertama menerusi Muhd Hafizuddin Mat Daud dalam acara Petanque.

Malaysia meraih emas kedua hari ini melalui acara tiga meter papan anjal serirama wanita di Pusat Akuatik OCBC melalui gandingan pasukan papan anjal seirama wanita Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng manakala Ooi Tze Liang menyumbang emas melalui acara 10 meter platform lelaki.

Wushu menyumbang juga menyumbang emas melalui Loh Jack Chang dan pingat emas kelima diraih Phee Jing En melalui acara 100 meter kuak dada wanita.

Pingat emas keenam Malaysia menerusi trio Chan Audrey Yee Jo, Chan Lu Yi dan Cheah Aggie Ruey Shin acara barehand wushu wanita menewaskan Myanmar

Thor Chuan Leong mempertahankan emas acara snuker individu selepas mengalahkan Htet Ko dari Myanmar 4-2 sebentar tadi untuk pingat emas ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 9:01 PM