Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan program USIM’s Environmental Awareness and Sustainability Campaign (USIMBIOSIS) 2015, bagi menjana kelestarian dan memupuk kesedaran alam sekitar kepada warga kampus, baru-baru ini.

Program bertemakan Living Together itu disokong TESCO Malaysia yang menyumbang 50 pokok untuk ditanam di sekitar kampus dengan 20 pokok awal ditanam secara rasmi pada majlis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 1:43 PM