WAJAH bangga siswa USIM selepas berjaya sampai ke puncak.
WAJAH bangga siswa USIM selepas berjaya sampai ke puncak.

Seramai 21 siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawan Gunung Kinabalu, Sabah, baru-baru ini, sekali gus melakar kejayaan manis bagi institusi itu.

Siswa itu terdiri daripada penuntut program khas universiti iaitu Young Muslim Leaders of the Future (YMLF) di bawah urus selia Pejabat Naib Canselor.

Bagi tujuan itu, mereka menjalani pelbagai latihan selama sebulan antaranya larian sekitar kampus, larian balapan, berbasikal dan mendaki bukit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 5:02 AM