PEMAIN LionsXII tiba di Palace Golden Horses untuk perlawanan akhir Piala FA 2015, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini. FOTO Aisyah Sabudin
PEMAIN LionsXII tiba di Palace Golden Horses untuk perlawanan akhir Piala FA 2015, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini. FOTO Aisyah Sabudin

Singapura: “Tekanan terhadap Kelantan sebenarnya,” kata pemain LionsXII, Safuwan Baharudin, yang kembali membarisi skuad berkenaan selepas dipinjamkan tiga bulan untuk beraksi dengan skuad A-League, Melbourne City,

Safuwan yang ditemui di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, berkata: "Skuad ini terdiri daripada pemain tempatan. Tiada tonggak import. Walaupun kami mewakili LionsXII, kami adalah kebangaan Singapura.”

Skuad LionsXII berlepas dua hari lebih awal ke Kuala Lumpur diketuai jurulatihnya, Fandi Ahmad dengan iltizam untuk membawa pulang trofi Piala FA menentang Kelantan, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

Fandi berkata: "Ini adalah perlawanan akhir dan tidak perlu untuk memberikan motivasi tambaham ke atas pemain. Saya amat gembira dengan pasukan ini. Mereka menakjubkan, berdisiplin dan berselera.”

Jika LionsXII memenangi Piala FA, trofi berkenaan akan menjadi koleksi sulung buat skuad seberang tambak itu.

Pencapaian paling tinggi ialah di peringkat suku akhir sejak kembali mewarnai bola sepak Malaysia pada 2012.

“Perlawanan ini memanglah paling besar buat kami,” kata Fandi, yang mengambil teraju pasukan berkenaan tahun lalu. - The Straits Times

http://www.straitstimes.com/news/sport/football/story/football-lionsxii-...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 9:04 PM