NICOL mahu ulang kejayaan tahun lalu.
NICOL mahu ulang kejayaan tahun lalu.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David akan memulakan musim 2015 dengan harapan mampu untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Juara-Juara JP Morgan 2015 di New York bermula Jumaat ini.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu apabila diundi bertemu Rachael Grinham dari Australia pada pusingan pertama.

Jika berjaya mara ke suku akhir menantinya pemain pilihan kelima dari England, Alison Waters, pemain yang dikalahkan di peringkat separuh akhir tahun lalu di kejohanan sama.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern akan bertemu wakil Amerika Syarikat, Amanda Sobhy dan dijangka mendapat laluan yang sukar di suku akhir kerana berdepan pemain pilihan ketiga dari Mesir, Raneem El Weleily.

Tahun lalu Nicol muncul juara selepas menumpaskan Laura Massaro dari England yang juga pemain pilihan kedua.

Turut beraksi pada kejohanan sama Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan, yang mana kedua-duanya akan beraksi di peringkat kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:59 AM