POKOK yang memghempap tiga rumah di Kampung Bakalau, Beaufort. FOTO ihsan Bomba
POKOK yang memghempap tiga rumah di Kampung Bakalau, Beaufort. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN rumah yang rosak selepas dihempap pokok di Kampung Bakalau, Beaufort. FOTO ihsan Bomba

Oleh Junaidi Ladjana dan Ardyhansah Amat

Beaufort: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua cedera selepas empat rumah dihempap pokok di Kampung Bakalau, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa Mohamad Syahiairell Ramlan, 5, mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dihantar ke Hospital Beaufort, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pengarah Hospital Beaufort, Dr K Sutharsan, ketika dihubungi berkata, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

"Mangsa yang dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk di kepala," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Runzee Abd Thani berkata, pokok dianggarkan setinggi 50 meter tiba-tiba tumbang sebelum menghempap empat rumah.

Pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ini pada 6.22 pagi sebelum mengarahkan dua jentera bersama 15 anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, mangsa yang parah sudah dihantar ke hospital dan bomba melakukan operasi mengalihkan batang pokok di kawasan berkenaan.

"Seramai 40 mangsa terdiri dari enam keluarga terjejas dalam kejadian ini dan mereka kini ditempatkan di Dewan Baru Beaufort.

Menurutnya, operasi masih dilakukan dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Beaufort.

"Sehingga kini, kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 10:12 AM