FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Junaidi Ladjana


Papar: Seorang wanita melecur dimuka ketika cuba memadamkan kebakaran di rumahnya di Kampung Penampang Baru, dekat sini, 9.10 pagi tadi.

Mangsa Sainah Kimpus, 44, kemudian dihantar ke Hospital Papar, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Dunstan Peter berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan 9.15 pagi, jentera bersama sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba api marak dengan cepat menyebabkan rumah dua tingkat musnah sepenuhnya.

"Seorang wanita yang tinggal di runah berkenaan melecur dibahagian muka dan dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kejadian dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 2:44 PM