BUDI (kiri) dan Badrodin.
BUDI (kiri) dan Badrodin.

Jakarta: Ketua Polis Kebangsaan Indonesia, Badrodin Haiti kelmarin mempertahankan majlis pelantikan timbalannya, Budi Gunawan yang dikritik kerana dijalankan secara tertutup.

Badrodin berkata, majlis pelantikan Budi sebagai timbalan ketua polis itu dijalankan secara tertutup kerana terdapat pertindihan jadual.

“Sebenarnya saya mahu majlis itu berlangsung hari ini (kelmarin) dan diadakan secara terbuka.

“Tetapi pada hari ini saya kena membuat pembentangan,” katanya.

Budi dilantik secara rasmi sebagai timbalan ketua polis pada Rabu lalu walaupun terdapat bantahan dari pelbagai pihak selepas beliau dikaitkan dengan skandal rasuah.

Walaupun mendapat bantahan umum tetapi ahli jawatan kuasa polis pada minggu lalu sebulat suara melantik Budi sebagai orang kanan Badrodin.

Badrodin juga menafikan dakwaan beliau sengaja merahsiakan keputusan jawatan kuasa itu sehingga pelantikan Budi bagi mengelak bantahan orang ramai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:09 AM