Haris Wong  menunjukkan dadah yang disorok dalam tapak kasut oleh sindiket dadah warga Nigeria  ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Bernama.
Haris Wong menunjukkan dadah yang disorok dalam tapak kasut oleh sindiket dadah warga Nigeria ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Bernama.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Tiga raja dadah paling dikehendaki polis antara sembilan dalang sindiket pengedaran dadah warga Nigeria yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Seri Kembangan dan Bukit Jelutong pada petang kelmarin dan semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Haris Wong Abdullah berkata, serbuan itu menyaksikan syabu bernilai RM2.5 juta dirampas dan seorang ahli sindiket berkenaan yang juga warga Nigeria maut selepas terjun dari tingkat tujuh ketika serbuan.

Katanya, sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak dua tahun lalu dengan menggunakan pas pelajar sebelum menyeludup masuk dadah jenis Syabu yang bermutu tinggi dari China.

"Kita juga mendapati sindiket ini tidak lagi menggunakan khidmat warga tempatan sebagai keldai dadah sebaliknya memilih warga asing seperti Vietnam dan Australia untuk menyeludup dadah ke negara jiran," katanya pada sidang media di Bukit Aman, petang tadi.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia 28 hingga 36 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya,

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 4:42 PM