Kata orang apabila hati sudah dimiliki dan bunga cinta semakin mekar pasti mempengaruhi berat badan juga. Namun lain ceritanya mengenai artis ini yang khabarnya hangat bercinta tetapi berat badan semakin menurun.

Bahkan, kata seorang teman kepada SS artis yang suka memberi alasan dia dalam proses diet itu sebenarnya makan hati dengan perangai kekasih tercinta. Apa yang disampaikan kepada SS, artis itu amat tertekan dengan sikap kekasihnya yang dilihat seperti tidak serius dalam hubungan mereka.

SS yang mendengar kisah itu hanya mampu tumpang simpati. SS berharap artis itu terus tabah dan bersabar dengan sikap kekasihnya. Mungkin kekasih artis itu bersikap demikian kerana tidak mahu terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka. Maklum saja, mereka pun masih dalam proses bercinta.

Nanti, kalau terlebih tunjuk sayang pula dan tiba-tiba hubungan mereka tidak menjadi apa pula tanggapan peminat. Dalam soal ini, SS hanya sekadar bersikap positif. Apapun, memandangkan SS suka bersangka baik doa SS semoga hubungan cinta pasangan ini berakhir dalam ikatan yang sah.

Bilakah masa dan ketikanya biarlah takdir menentukannya. SS hanya setia menanti kad undangan hari bahagia pasangan itu.

SS: Suka dengar lagu Awak Kat Mana nyanyian Taufik Batisah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:02 AM