Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Polis akan menyiasat pembabitan orang dalam syarikat keselamatan dengan unsur gengsterisme atau kongsi gelap.

Merujuk kepada kes perebutan kawasan antara syarikat keselamatan di Klang hingga mengakibatkan seorang maut manakala enam lagi cedera ditetak, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, unsur gengsterisme nyata wujud dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat segala kemungkinan termasuk pembabitan orang dalam syarikat keselamatan itu dengan unsur gengsterisme.

“€œPolis Bukit Aman akan memantau segala tindakan dan siasatan oleh Polis Selangor dan Klang dan Ops Cantas Khas akan ditingkatkan bagi mengesan lebih ramai dalang di sebalik kejadian itu.

“€œOrang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mengikut apa juga arahan kumpulan kongsi gelap yang menguasai mana-mana kawasan dan melaporkan segera kepada pihak polis sebelum terlambat,”€ katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada warga Polis Diraja Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 5:57 PM