Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Lapan ahli sindiket pengedaran dadah ketamin termasuk sepasang kekasih ditahan di stor barang lusuh di Kepong, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, sindiket itu ditahan ketika sedang hisap dadah di dalam kontena di lokasi serbuan.

Katanya, ketika serbuan pihaknya merampas 101 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM7.07 juta yang disimpan di empat tempat berasingan di sekitar lokasi serbuan termasuk beg bagasi.

"Kami berjaya menahan dalang utama sindiket itu bersama teman wanitanya yang berusia 38 tahun.

"Lelaki itu adalah ahli kumpulan kongsi gelap 36 manakala selebihnya kami sedang menyiasat pembabitan dalam kumpulan kongsi gelap, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 3:46 PM
AMAR Singh (tiga kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa
AMAR Singh (tiga kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa