AHLI PPIM Selangor bergambar kenangan dengan guru dan pelajar  SMK Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
AHLI PPIM Selangor bergambar kenangan dengan guru dan pelajar SMK Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

banjir besar yang me­landa negeri di pantai timur menimbulkan simpati rakyat negara ini. Ramai yang menghulurkan bantuan, sumbangan dan wang tunai untuk membantu mangsa.

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) cawangan Selangor, antara badan bukan kerajaan yang tampil membantu mangsa banjir terutama pelajar sekolah dan anak yatim.

Setiausaha PPIM Daerah Klang selaku pengelola program itu, Sarimah Yaakop, berkata bantuan pergerakan itu tertumpu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Beliau berkata, Jerantut antara daerah di Pahang yang terjejas teruk akibat banjir malah banyak kemusnahan dan harta benda yang rosak.

“Kami prihatin dengan nasib murid sekolah yang mengalami kemusnahan buku, pakaian seragam dan peralatan sekolah.

“Begitu juga dengan golongan anak yatim yang amat mengharapkan bantuan orang ramai,” katanya.

Rombongan yang diserai 100 guru dan murid PPIM Selangor bertolak dengan dua bas dan empat kereta termasuk sebuah lori Majlis Perbandaran Kajang.

“Kami menyumbangkan wang tunai, peralatan alat tulis kepada 67 murid dan anak yatim.

“Kami turut memberi dua set komputer, sejadah, telekung untuk surau selain buku teks dan cat untuk mengecat semula bilik darjah yang rosak teruk di landa banjir,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Belia Selangor, Unit Mubalighat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Klang, individu dan syarikat korporat yang menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 10:51 AM