Aden: Sekurang-kurangnya 27 terbunuh di Taiz dalam pertempuran antara pejuang setia kepada presiden Abed Rabbo Mansour Hadi dan pemberontak serta serangan udara tentera pakatan Arab Saudi.

Penduduk berkata, beberapa letupan dirasai selain tembak-menembak berlaku sepanjang malam dalam perbalahan antara pejuang yang mendapat sokongan Arab Saudi dengan pemberontak Houthi berfahaman Syiah yang pro-Iran.

Seramai 19 pemberontak dan masing-masing empat askar serta pejuang pro-Hadi terbunuh, kata sumber perubatan.

Kelmarin, pesawat pejuang melancarkan serangan udara di istana presiden di Taiz - bandar ketiga terbesar Yaman - selain lokasi ditawan tentera yang menyokong bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang turut memihak kepada Houthi.

Abed Rabbo melarikan diri ke Riyadh bulan lalu selepas Houthi semakin menghampiri tempat persembunyiannya di Aden. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:17 AM