MILITAN yang setia kepada Presiden Abdo membuka tong berisi bantuan yang digugurkan pessawat Saudi, semalam.
MILITAN yang setia kepada Presiden Abdo membuka tong berisi bantuan yang digugurkan pessawat Saudi, semalam.

Aden: Pesawat tentera yang terbabit dalam serangan udara diketuai Arab Saudi menggugurkan bekalan senjata menggunakan payung terjun kepada pejuang yang mempertahankan kawasan tengah Aden daripada ditawan kumpulan Houthi Syiah.

Bekalan senjata ringan, alat telekomunikasi dan pelancar roket digugurkan di kawasan Tawahi, daerah di hujung Semenanjung Aden yang masih dikuasai kumpulan yang setia kepada Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

Akhbar pro-Abed Rabbo, Aden al-Ghad menyiarkan gambar sekurang-kurangnya satu tong kayu yang diikat pada payung terjun yang dilaporkan digugurkan di Aden.

Lelaki tempatan juga dilihat mengangkat beberapa tong ke atas lori pikap.

Kumpulan Houthi - yang mendapat sokongan Iran - serta penyokong mereka memasuki pusat bandar Aden kelmarin tetapi berundur selepas serangan udara pakatan Arab.

Aden ialah kubu pertahanan terakhir Abed Rabbo yang melarikan diri dari bandar itu lapan hari lalu dan kini berada di Arab Saudi. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 5:08 AM