PASUKAN MRSM Batu Pahat ceria bersma medal dimenangi.
PASUKAN MRSM Batu Pahat ceria bersma medal dimenangi.

Batu Pahat: MRSM Batu Pahat meraih kedudukan utama dalam kategori wanita Larian Run For Health anjuran Kolej Professional MARA Ayer Molek Melaka baru-baru ini.

Pelajarnya Nur Fatin Syahira mengharumkan nama maktab apabila muncul juara sekali gus meraih wang tunai RM500 selain medal dan sijil.

Turut menyerlah Siti Norashikin yang menduduki tempat keempat (RM150) dan Fatin Fatihah kelima (RM100).

Manakala kategori lelaki terbuka pula, wakil maktab menduduki tempat ketujuh, lapan dan sepuluh daripada hampir 500 peserta menyertai larian itu.

Kejayaan pelajar MRSM Batu Pahat itu hasil kerja keras dan latihan intensif selain kerap menyertai kejohanan luar dengan mendapat bimbingan jurulatih Nor Azlan Kimpol .

Walaupun mereka menghadapi kekangan masa menumpukan akademik, masa yang terhad itu digunakan secara berkualiti untuk menyiapkan diri menghadapi kejohanan.

Maktab itu juga mensasarkan sekurang-kurangnya menyertai satu kejohanan besar setiap bulan.

Antara kejohanan yang bakal mereka disertai adalah Coronation International Twin Bridge Half Marathon Muar 2015, Fit Malaysia Run Johor, Reach Out Run Putrajaya, Sundown Marathon Johor Bahru, Standard Chartered Marathon dan BSN Night Marathon.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 9:56 AM