Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Samsung hari ini melancarkan dua variasi peranti boleh pakai mereka.

  Ketika pengenalan peranti baharu itu, Samsung memperkenalkan Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic yang menggunakan sistem operasi WearOS termasuk pelancar baharu One UI Watch.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, Samsung Galaxy Watch4 ditawarkan dalam saiz 40mm dengan skrin 1.19 inci bersama panel pemuka 44mm.

  Kedua-dua variasi berkenaan menggunakan paparan AMOLED dengan cip generasi baharu Exynos W920 dengan penawaran kuasa prestasi lebih baik sehingga 20 peratus berbanding generasi terdahulu.

  Sesuai dengan peranti boleh pakai terkini, Samsung Galaxy Watch4 berkenaan dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 1.5GB bersama-sama kapasiti storan 16GB.

  Samsung menjanjikan bahawa keupayaan bateri sebesar 247mAh serta 361mAh berkenaan mampu bertahan lebih 48 jam dengan penggunaan maksimum.

  Bagi Galaxy Watch4 Classic pula, ia didatangkan dengan pemuka bersaiz 44mm bersama-sama skrin 1.19 inci manakala untuk variasi kedua adalah pemuka 46mm dengan saiz skrin 1.36 inci.

  Kedua-dua variasi Galaxy Watch berkenaan dilengkapi dengan sensor pengimbas nadi, bacaan oksigen dalam darah atau SpO2, ECG dan sensor kedudukan global (GPS).

  Samsung menaik taraf peranti boleh pakai mereka dengan beberapa ciri baharu antaranya mengesan jika pemakainya terjatuh dan akan bertindak menghantar pesanan kecemasan termasuk Samsung Pay dan kefungsian NFC.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 11:38 PM