ANGGOTA Bomba berusaha membersihkan dahan pokok yang tumbang dan menghempap kereta. FOTO Hazreen Mohamad

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Lima kereta yang diletakkan di bahu jalan remuk dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Taman Jasmin, Senawang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pekerja kilang berhampiran berada dalam kereta untuk pulang namun terkejut apabila sebatang pokok tumbang menghempap keretanya.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fazli Jamaludin berkata, empat pokok tumbang menghempap lima kereta yang diletakkan di bahu jalan dan terdapat dua mangsa dalam satu daripada kenderaan tersebut.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dengan memotong dahan pokok dilakukan dan mereka berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, selain Taman Jasmin, pihaknya turut menerima panggilan kejadian pokok tumbang di Jalan Persiaran Senawang, Taman Satria, Taman Guru dan Taman Bandar Senawang di sini, sehingga kini bomba masih meneruskan operasi memotong pokok serta membersihkan lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 11:37 PM