ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta selepas dihempap pokok tumbang. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta selepas dihempap pokok tumbang. FOTO Ihsan Bomba.
Ahmad Hasbi


Seremban: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang dekat Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang- Paroi, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Mohd Nazri Azis berkata, ketika kejadian, kawasan itu dilanda hujan lebat dan ribut.

"Sebaik tiba di tempat kejadian pada 4.16 petang, kami mendapati pokok tumbang menghempap atas kereta dan terdapat seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu.

"Kami menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan mengalihkan pokok. Pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia di lokasi," katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2024 @ 6:33 PM