MAHMOUD (duduk enam kiri) ketika menyertai klinik bola keranjang.
MAHMOUD (duduk enam kiri) ketika menyertai klinik bola keranjang.

Bulan Mac membawa seribu makna buat Mahmoud Abdul-Rauf. Dia dilahirkan pada 9 Mac 1969 dan memeluk Islam pada Mac 1993.

Namun sudah pasti dia tidak akan melupakan satu hari pada Mac 1996. Hari bintang bola keranjang itu mencetuskan kontroversi Amerika Syarikat (AS), negara kelahirannya sendiri.

Ia bermula dengan tindakannya YANG ketika itu menyertai skuad Denver Nuggets enggan berdiri ketika lagu kebangsaan negara itu dimainkan sebelum perlawanan NBA.

Alasannya dia tidak menghormati bendera yang dirasakannya mewakili sesuatu yang menghalang kebebasan, ketidakadilan dan kematian kepada begitu ramai manusia.

Akibatnya, dia tidak lagi mendapat tempat di hati peminat bola keranjang AS dan dia diejek, menerima surat ugutan, digantung seumur hidup oleh NBA malah rumahnya turut dibakar, namun ia membawa hikmah tersendiri buat pemain mualaf itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:07 AM